Rintihan Kasih Anak


Wahai Ayah...Wahai ibu
ku coretkan gema hatiku
Untukmu Ayah Ibu
Dengarkanlah......
terlalu aku merindu
Kasih Sayang darimu Ayah Ibu
terlalu aku ingin menikmati peluk cium mu
Wahai Ayah...Wahai Ibu
Aku kehausan...setitis kasih
Aku dahaga...secebis sayang
Aku mencari-cari kasih sayangmu
Tiada siapa yang tahu
Harapan yang tiada pasti
Masihkah rasa itu bersirna
Hingga ke saat nyawaku ini
Aku terbuai-buai mencari
Keturunan siapa diriku ini
Love Clip Art
Wahai Ayah....Wahai ibu
Kerana aku sebenar tak berdaya
Mencari dimana dan siapa
Ayah dan Ibuku yang sebenarnya
Kerana aku hanyalah seorang
Anak yang dibuang disini
bersama dosa-dosa Ayah dan Ibu
Dan rasaku ini hanya bergema
Diruang hati disanubari
Hanya mampu berdoa
Agar cepat aku kembali ke sisi Allah S.W.T
Kerana aku Bayi yang dibuang
Oleh dosa-dosamu Wahai Ayah Wahai Ibuku......

Sayangilah anakmu kerana anak itu adalah anugerah dari Allah SWT
bertapa berharga permata hati itu,,dan anak itulah pembuka rezeki...
sebesar mana dosa-dosa kita
anak itu tiada berdosa............heart clip art

2 comments: