Rindu.....hampir 2 tahun  sudah qaseh mendirikan rumah tangga, Allhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi,,kerana pertemukan qaseh dan cik suami..walau pun kami kenal hanya sekejap bercinta pun tak beberapa bulan,,dan selepas itu khawin,,namun qaseh bahagia....
                                     tapi bila megenangkan kembali saat2 pertemuan kami,,tersemyum seorang..
                 qaseh kenal ng cik suami dari rakan-rakan,terima kasih rakan2 kerana bawakan jodoh ku...perkenalan yang amat singkat telah membawa kebahagian untuk qaseh,,dan qaseh harap kekal la hingga ke mati...amin...suami seorang  yang lembut,pendengar setia,tapi kurang bercakap,,pandai memujuk,,amat kontra dng saya,,sbb qaseh seorang yang bengis,,hahah senang cite ego..mengakui kelemahan diri sendiri adalah lebih baik...
                                     perbezaan qaseh dan suami amat ketara,,cik suami amat penyabar orang nyer,,qaseh pula selalu pemarah..cik suami diam sahaja bila berlaku angin dalam rumah tangga,,tapi qaseh huiihhhh memang nak menang jugak...cik suami selalu memujuk jika qaseh merajuk tapi kalau cik suami merajuk,,,hehehe cik suami pujuk hati sendiri...
            dan kerana perbezaan yang tidak sempurna itulah kami telah bersatu,,kerana perbezaan itulah kami memahami segalanya tentang diri masing2...
                   Dan Indahnya Ketidaksempurnaan ......
                   teringat pada satu kisah yang qaseh baca....
              Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Dengan kesempurnaan-Nya, Dia menjadikan kettdaksempurnaan makhluk sebagai suatu rahmat. Maha suci Allah yang An Naafi' (Maha Memberi Manfaat)) daripada menciptakan suatu yang sia-sia..
                  Maksud surah Al Mukminun ayat 115:
''Adakah kamu menyangka bahawa kami menciptakan kamu sia-sia  dan bahawasanya kamu tidak akan dikembalikan kepada kami''
   Andai terasa diri sempurna,manusia mungkin sahaja merosakkan diri sendiri dengan sikap sombong,bongkok, dan ego sehingga memandang rendah terhadap manusia lain... ketika menyedari diri lemah, kurang dan tidak sempurna...baru lah tecetus keinginan untuk bergantung dan menumpang  kesempunaan daripada Allah yang Maha Sempurna sehingga kekurangan pada diri mampu membuahkan rahmat untuk seluruh alam......
Maksud Surah Al Isra ayat 37:
''Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan bongkak..sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi,dan tidak pula akan  dapat menjulang setinggi gunung''..

Semoga KETIDAKSEMPURNAAN sebagai makhluk tidak menghalang daripada bersyukur dan tidak juga menjadi penghalang untuk menjalankan peranan sebagai manusia yang membawa rahmat  untuk seuruh alam seperti yang ternukil dalam surah An Anbiya ayat 107:  '' Dan tiadalah kami mengutus engkau ((Wahai Muhammad)) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam''

Dan dari itulah qaseh selalu berlajar erti rumahtangga erti hidup perpasangan setelah kegagalan...qaseh juga belajar untuk terima segala-galanya walaupun,,bukan semua benda itu sempurna..macam anugerah Allah bg pada qaseh walaupun tak sempurna namun qaseh terima dengan hati terbuka....   '''kerana ketidaksempurnaan itulah kau kudambakan hingga ke akhir hayat,,dan kerana itu juga kau begitu istemewa dimata ku sayang..... salam sayang Qaseh....

No comments:

Post a Comment